nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

HARIAN METRO 20 TAHUN DULU

SEMPENA MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

Superintendan wan Mohamad tekun membaca Harian Metro. Lihat warna seragam polis dulu-dulu. Wan Mohamad terkenal di kalangan anggota wanita sebagai bos handsome ketika itu...hahaha..maaf tuan Haji.
Wartawan meja hiburan Roslen Fadzil (sekarang pengarang hiburan Harian Metro) terserempak dengan Singalautmetro di luar pintu masuk sebuah kelab malam di Kuala Lumpur lebih kurang 20 tahun lalu. Roslen memburu berita hiburan, mencari artis di kelab malam dan Singalautmetro memburu berita jenayah, bersama anggota polis yang membuat serbuan mencari penagih ekstasi. Gambar ini hanya tangkapan olok-olok, tapi inilah realiti. Masing-masing bertugas sehingga lewat pagi untuk mencari berita. Gambar ini dirakamkan sekitar jam 1.30 pagi, hampir 20 tahun lalu.
Jika ditanyakan antara mereka yang amat menggemari Harian Metro, 20 tahun lalu tentulah nama Wan Mohamad Wan Dollah tidak boleh ditinggalkan.

Wan Mohamad ketika itu adalah Ketua Polis Daerah Dang Wangi berpangkat Superintendan (kalau dalam tentera setara dengan Leftenan Kolonel).

Beliaulah sebagai antara mereka yang banyak berjasa ketika Harian Metro meniti hari-hari awalnya sebagai akhbar kota di lembah Klang. Beliau telah banyak memberi kerjasama dan bantuan khusus melibatkan berita berkaitan jenayah. Beliau tidak wajar dilupakan kerana sifatnya yang suka berterus terang dan tegas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10