nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

HAHAHAHA...TWITTER ybsamyvellu PALSU - SAMY VELLU KENA ANIAYA!

GELAK dan terbahak-bahak mendengar berita bekas presiden MIC, S Samy Vellu, rupanya terkena juga dengan seorang penyamar yang mewujudkan satu akaun twitter palsu menggunakan nama 'ybsamyvellu' sehingga mampu mempunyai pengikut sebanyak 559 orang.

Menurut Samy, laman itu sering sahaja mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan politik yang menentang kerajaan sehingga dia sering ditanyakan kawan-kawan mengenai kewujudan laman twitter itu.

Kini barulah Samy Vellu tahu rupanya ada penyamar yang mencubit dan menggigitnya selama ini dan dia menjelaskan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai penyamaran itu.

Ayoyo Samy...kenapa sekarang baru tahu? Itu menandakan ada di antara pegawai beliau tidak buat kerja untuk menyemak penyamaran yang berlaku itu selama ini. Apa pun, simpati dan kasihan. Laporkan segera Samy!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10