nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

GURU 23 TAHUN JADI SUAMI, PELAJAR 14 TAHUN JADI ISTERI DI MASJID NEGARA

MAJLIS perkahwinan mereka amat unik dan jarang berlaku. Si suami berusia 23 tahun dan bertugas sebagai seorang guru di sekolah rendah, manakala si isteri pula baru 14 tahun dan masih belajar.

Namun pasangan itu telah selamat dinikahkan di Masjid Negara yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam sambil disaksikan lebih 250 tetamu, termasuk Datuk Khir Johari Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Si suami, Abdul Manan Othman berkata beliau mahu memastikan isterinya yang muda itu akan terus belajar kerana sedar pelajaran amat penting.

Isterinya pula, Siti Maryam Mahmood, berkata dia sedia memikul dua tugas sekaligus, sebagai pelajar dan juga sebagai seorang isteri.

Pasangan itu bertunang Julai lalu selepas mendapat kebenaran daripada keluarga dan Mahkamah Syariah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10