nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

AJAK BUDAK MUDA MASUK UMNO, PAK CIK KENA MAKI, KENA BOO!

PAK CIK sahaja-sahajalah gatal mulut menyeru dan berkempen anak-anak muda belasan tahun supaya masuk Umno. Pak cik kempen kata masuk Umno boleh bela bangsa dan negara.

Belum sempat 10 orang pak cik kempen, habis muka pak cik merah padam. Adakah patut pak cik kena maki kena boo.

Pak cik belum pekak. Pak cik dengar apa anak muda itu cakap dan perli. Antaranya, sudah-sudahlah pak cik. Bawalah bertaubat. Daripada kami masuk parti Umno, lebih baik masuk parti tupperware. Apalah pak cik ni, kempenlah ajak masuk panggung ke, masuk disko ke. Ini ajak masuk Umno! Apa barang? Pak cik dah ketinggalan keretapi...Boooooo!

Pak cik pun balik simpan malu dan tutup aib dimaki. Lagi pun pak cik tak rugi apa-apa pun. Pak cik sahaja kempen nak tengok macam mana penerimaan anak-anak muda, termasuk perempuan kalau-kalau sudi masuk Puteri Umno.

Rupanya lain jadilah beb! Pak cik kena maki, kena boo. Nasib baik pak cik dah keluar Umno, taklah rasa malu dan bersalah sangat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10