nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

G PALANIVEL CADANG HASILKAN RAMAI JUTAWAN INDIA: PEMIMPIN MELAYU BUAT APA?

PRESIDEN MIC yang baru G Palanivel antara lain menyatakan sasaran untuk memperbaiki tahap ekonomi golongan masyarakat India termasuk berusaha untuk menambahkan lebih banyak lagi bilangan jutawan di dalam kelompok masyarakat itu.

Bagus. Itu satu cara seorang pemimpin yang betul mahu melihat bangsanya maju. Cuma yang kurang bagus ialah apakah yang sedang pemimpin Melayu buat hari ini? Apakah tidak ada niat seperti Palanivel untuk naikkan sebanyak mungkin jutawan Melayu daripada kalangan yang merempat dan bangsat hari ini?

Apakah pemimpin Melayu seronok bercerita fasal terma-terma ekonomi yang bunyinya sekuat bom atom tapi habuk pun tak ada?

Apakah pemimpin Melayu fikir dengan membuat 1,001 projek berbilion ringgit akan ada Melayu jadi jutawan kecuali yang telah sedia menjadi kaya raya?

Apakah selama 53 tahun masih lena dan tidur panjang wahai pemimpin Melayu? Apakah bangga dengan membuat kenyataan miskin tegar telah tiada, sasaran mengurangkan kemiskinan telah terpenuh dan orang Melayu telah lebih baik hidupnya berbanding zaman awal merdeka? Bangunlah dari mimpi wahai pemimpin Melayu!

Pemimpin Melayu...pemimpin Melayu...contohilah pemimpin bangsa India itu. Contohilah kalau kita tidak boleh lagi menjadi contoh untuk dicontohi!

Anak Melayu yang celik mata hari ini amat malu dan malu amat-amat kerana pegangan bangsanya dalam kek ekonomi negara hanyalah sekitar 5-6 peratus sahaja berbanding jumlah penduduk yang ramai. Apakah kita mahu melihat Melayu hanya jadi kakitangan kerajaan, jadi polis, jadi tentera dan jadi petani lalu membiarkan bangsa lain gah melambung-lambung majunya menguasai ekonomi negara?

Tolonglah ingat wahai pemimpin Melayu di pagi Jumaat yang mulia ini bahawa tanpa kekuatan ekonomi, kuasa politik mana-mana bangsa akan terkubur dan dinisankan orang lain dengan gelak dan ketawa!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10