nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

EMPAT RAKYAT MALAYSIA DITAHAN BAWA DADAH DI CHENNAI: SINDIKET DADAH BESAR DI MALAYSIA ADA KAITAN

SATU sindiket mempunyai rangkaian luas di Malaysia dipercayai terbabit di sebalik penahanan 4 rakyat negara ini di Chennai, malam Ahad lalu.

Keempat-empat rakyat Malaysia itu ditahan bersama seorang warga India kerana cuba menyeludup 27.5 kilogram ephedrine, bahan psikotropik yang digunakan untuk menghasilkan dadah rangsangan yang biasa digunakan di kalangan remaja.

Mereka ditahan oleh Biro Kawalan Dadah India (NCB) di Lapangan Terbang Anna ketika sedang menunggu penerbangan dari Chennai ke Kuala Lumpur.

Pengarah bahagian Selatan NCB India, Davidson Devasirvathan, dipetik memberitahu Bernama pihaknya mempunyai maklumat dan percaya ada sindiket lebih besar di Malaysia terbabit.

Semua dadah yangg dirampas ditemui dibalut dalam sejenis pakaian yang biasa dipakai oleh rakyat India.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10