nuffnang ads

Monday, December 6, 2010

DAUD TUMBANGKAN PETINJU ARGENTINA DALAM TEMPOH 19 SAAT SAHAJA UNTUK MENJUARAI WBO ASIA-PASIFIK

Daud Cino, peninju Indonesia menjuarai WBO Asia-Pasifik

Peninju Indonesia, Daud Yordan atau lebih dikenali sebagai Daud "Cino", hanya mengambil masa 19 saat untuk menumbangkan lawannya dari Argentina, Damian David Marchiono dalam perlawanan merebut kejuaraan tinju WBO Asia-Pasifik yang berlangsung di Stadium Tertutup Bung Karno, malam tadi.

Daud anak kelahiran Ketapang, Kalimantan Barat kini pada ranking kedua WBO, hanya memerlukan satu hook ke rusuk kanan David, ranking kesembilan menyebabkan lawannya itu tersembam dan gagal meneruskan perlawanan.

Berikutan kemenangan itu, Daud yang mempunyai rekod 27 perlawanan (21 menang dengan KO dan satu kalah) bakal bertemu Chris John atau Fernando Saucedo bagi merebut kejuaraan dunia WBO.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10