nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

13 TERBUNUH: BAS TERHUMBAN KE GAUNG DI MALAM JABBA

13 penumpang wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bas yang membawa lebih muatan, terhumban ke dalam sebuah gaung di Malam Jabba, Peshawar, Pakistan.

Kejadian berlaku hari Ahad, selepas pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaannya ketika membelok di satu selekoh tajam lalu terbabas dan terhumbang ke dalam gaung.

10 yang terkorban mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di seluruh badan, manakala tiga yang lain meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Pegawai kanan polis, Alam Zeb, mengesahkan kepada AFP kejadian dan angka korban. Semua yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10