Hai semua...kami 17 beradik telah selamat lahir ke dunia. Kini kami sedang belajar berdiri untuk menjadi seperti anjing di atas yang mampu berjalan seperti manusia. |
SEEKOR anjing betina dipanggil Etana oleh pemiliknya dan berusia 4 tahun di Berlin, Jerman melahirkan 17 anak serentak, satu-satunya kelahiran terbanyak yang direkodkan.
Bagaimanapun kelahiran itu rupa-rupanya telah menyusahkan pemiliknya, Ramona Wegemann yang mendakwa hanya mampu tidur beberapa minit sahaja akibat diganggu bising anak anjing yang kelaparan.
Menurut Ramona, bilangan anak anjing yang banyak itu menyebabkan induknya kesukaran untuk menjaga, terutama ketika menyusu berikutan puting susu Etana tidak sebanyak 17 anak yang dilahirkan. Akibatnya, ada anak anjing itu kelaparan.
Oleh kerana terlalu kasihan, Ramona membantu Etana memelihara anak anjing berkenaan dengan memberinya susu 5 kali sehari.
Bagaimanapun, masalah tetap timbul kata Ramona. Ini kerana selepas sahaja dia selesai menyusukan anak anjing ke 17, anak anjing pertama dan kedua kembali lapar dan berbuat bising.
Kini kesemua anak anjing yang dilahirkan September lalu hidup dan makin membesar.