nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

BESUT: TANGAN PUTUS DITETAK KETIKA CUBA MENCEROBOH RUMAH ORANG

SEORANG pemuda lari lintang pukang dalam kesakitan selepas ditetak tangan kirinya sehingga putus oleh tuan rumah yang cuba dimasukinya dalam satu kejadian kira-kira jam 3.30 pagi Isnin, di Kampung Pengkalan, Limbungan, Besut.

Oleh kerana kelam-kabut dia meninggalkan tangannya yang terputus itu di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria mengesahkannya.

Menurut Kamarudin, pemilik rumah yang juga seorang penternak ikan kolam, tersedar dari tidurnya dan terlihat bayangan seseorang di tepi tingkapnya.

Lelaki itu dilihat sedang mengumpil tingkap rumahnya menggunakan besi. Bagaimanapun, apabila lelaki itu tersedar kelibat tuan rumah dia cuba menyerang tetapi tangan kirinya dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan.

Lelaki dari Setiu itu kemudian melarikan dirinya tanpa sempat mengambil tangannya yang terputus dilibas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10