1.Lelaki tidak dikenali menemui anda secara tiba-tiba dan memberitahu anda dikehendaki mengikutnya ke balai polis untuk menyelesaikan kes seorang kawan, adik beradik atau saudara mara anda yang ditahan kerana terbabit dalam jenayah.
2.Anda didatangi lelaki tidak dikenali kemudian mendakwa anda terbabit dalam pengedaran dadah dan menunjukkan senarai pada kertas menunjukkan nama anda, siap dengan alamat dan nombor kad pengenalan anda. Penjenayah mungkin telah membuat kerja rumah mendapatkan maklumat anda sebelum menjalankan tugasnya!
3.Lelaki tidak dikenali mengunjungi rumah sewa anda pada waktu tengah malam. Kemudian lelaki itu mendakwa dia seorang polis atau pihak berkuasa yang meminta anda mengikutinya ke hospital atas alasan abang atau adik anda kemalangan dan sedang nazak.
4.Anda melayan lelaki yang baru dikenali dan diajak minum. Tiba-tiba di dalam beg anda ada bungkusan dadah dan lelaki itu terus memperkenalkan dirinya lalu mengugut untuk menyumbat anda ke lokap sambil memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis. Anda diminta mengikutnya menaiki kenderaan dan anda akan menjadi mangsa.
5.Lelaki tidak dikenali mengetuk rumah sewa anda. Dia memberi tahu mahu memperbaiki pendingin hawa, paip atau kerosakan elektrik di rumah itu. Jika anda tidak membuat semakann dengan tuan rumah, anda berkemungkinan besar menjadi mangsa rogol.
6.Anda dimaklumkan menerusi SMS/telefon/emel bahawa anda diminta mengambil hadiah di suatu tempat dan diminta menemui seseorang. Awas, ini juga perangkap si penjenayah.
7.Jika anda menaiki kenderaan sendirian pada waktu malam atau di kawasan sunyi, anda ditahan oleh lelaki berpura-pura kerosakan kereta. Dia meminta anda menghantarnya ke bengkel atau ke rumahnya dengan berjanji memberi bayaran. Awas, ini juga umpan.
8.Jika anda wanita yang gemar menyimpan gambar lucah koleksi peribadi, jangan sampai gambar atau video itu terlepas ke tangan orang. Dengan gambar atau video itu anda boleh diugut untuk melakukan persetubuhan sebagai janji agar gambar/video itu tidak tersebar.
9.Jika anda menginap sendirian di bilik hotel, pastikan nombor bilik anda tidak diketahui oleh mereka yang anda tidak kenal. Mungkin si penjenayah menyamar sebagai petugas hotel untuk masuk ke bilik anda dan melampiaskan nafsunya.
10.Awas juga dengan orag yang dikenali. Jika anda pelajar, jangan bersendirian mengikut guru ke bilik stor atau ke kelas tuisyen tanpa teman. Orang yang dikenali juga mampu bertukar menjadi serigala!