nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

ANAKKU SAZALI MENINGGAL DUNIA

PELAKON yang membawakan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello atau Mohd Nor Abdullah, 60-an meninggal dunia semalam.

Dia yang berasal dari Filipina meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura selepas Zohor semalam akibat komplikasi barah paru-paru.

Sahabat karib allahyarham, Salleh Sam 45, berkata Tony mengidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu. Jenazahnya akan dikebumikan di Jurong, hari ini (Selasa).

 Salleh berkata, isteri Tony tinggal di Filipina manakala dia dan anaknya tinggal di Singapura. Dalam filem Anakku Sazali, Tony berlakon watak Sazali ketika kecil manakala P Ramlee watak dewasa.

 Kedua-dua mereka menang dalam Festival Filem Asia Pasifik ke empat dan mengangkat filem itu sebagai antara yang berjaya. Tony dianugerahkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik manakala P Ramlee pula dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10