DUA wanita Zimbabwe adalah antara enam orang yang ditahan kerana cuba membawa masuk syabu di KLIA dalam beberapa tangkapan berasingan pada 16 November dan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir, berkata kira-kira jam 10.30 pagi semalam polis menahan seorang wanita berusia 36 tahun di KLIA dan menemui 3,250 gram syabu. Wanita itu baru tiba dari Doha.
Pada hari sama, jam 4.20 petang, polis juga menahan seorang wanita, berusia 28 tahun dan menemui 3,850 gram syabu di dalam bekas silinder di dalam begnya.