nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

10 KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN SIBU DITANGKAP BERJUDI DI DEPOH SIMPANAN ANJING LIAR

KERAJAAN lantik bekerja dan dibayar gaji untuk buat kerja-kerja khas seperti menangkap anjing liar yang berkeliaran, tetapi 10 kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) membuat kerja lain.

Paling menyakitkan hati, mereka berjudi. Tempat perjudian jenis Holo itu pula mereka lakukan di depoh simpanan anjing liar milik MPS!

Bila kena tangkap buat muka toya ajer... (SUD)
Semalam, selepas menerima maklumat orang ramai polis terpaksa bertindak. Sepasukan polis diketuai Inspektor Heng Kok Kaw menyerbu 'mini kasino' itu dan menahan 10 kakitangan yang berusia di antara 25 dan 51 tahun.

Mereka cuba melarikan diri menerusi pintu belakang depoh berkenaan tetapi gagal. Salakan anjing liar yang ditangkap menjadi isyarat kepada polis bahawa mereka cuba melarikan diri!

Apa nak jadi kakitangan kerajaan sekarang? Diberi tugas tangkap anjing liar, dia berjudi di depoh simpanan anjing itu. Apa kata masukkan mereka yang ditahan ke kandang bersama anjing liar di depoh itu?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10