nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

UPDATE: SENARAI KORBAN BANJIR 2010

1.30 OKTOBER - Wan Norhafizam Wan Nafi, 12, tahun pelajar Sekolah Kebangsaan Neting, Kelantan lemas di bekas kolam ternakan sewaktu berenang bersama tiga rakannya. Ketika itu bekas kolam ternakan itu dinaiki air banjir.

2.1 NOVEMBER- Erna Fisher, 64, warga emas Jerman dihanyutkan arus ketika menyelamatkan diri bersama anak dan menantunya di Kampung Kerinjis, Kota Giam, Jitra. Mayatnnya ditemui dua hari selepas itu.

3.1 NOVEMBER -Mohd Zaki Shaari, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang tergelincir di tali air Kampung Ceruk Bogor, Kuala Nerang, Kedah.

4.1 NOVEMBER - Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, kanak-kanak OKU ditemui lepas selepas bermain sendirian di tepi tali air di Kampung Kubur Tok Din, Bachok, Kelantan. Mayatnya ditemui di dasar tali air, tidak jauh daripada tempat dia dipercayai jatuh.

5.3 NOVEMBER - Siti Nadia Shukur, 13, dihanyutkan arus deras apabila motosikal yang dinaiki terhumban ke tali air Kampung Telaga Emas, Langgar, Kedah - belum ditemui

6.3 NOVEMBER - Syarifah (adik Siti Nadia Shukur) - 8, dihanyutkan arus deras apabila motosikal dinaiki terhumban ke tali air Kampung Telaga Emas, Langgar, Kedah -belum ditemui

7.3 NOVEMBER - Muhammad Nurul Afiq Mohd Rozaidi, 21, lemas dihanyutkan arus deras apabila basikal dinaikinya terjatuh ke dalam Sungai Baharu, Perlis.

8.3 NOVEMBER -Muhammad Muzzammil Muhammad Hafzi, 12, ditemui lemas di Sungai Buaya, Marang. Mangsa pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Payung, mandi jam 6.20 selepas bermain bola sepak

9.4 NOVEMBER - Nurulshah Radzi, 9, dibawa arus deras ketika bermain bersama rakannya di tali air Kampung Bendaraha, Taman Sultan Abdul Halim, Alor Setar tengah hari - belum ditemui

10.4NOVEMBER -Awab Hakeme Rudaime, 7, (rakan Nurulshah Radzi) -dibawa aris deras ketika bermain bersama rakan di tali air Kampung Bendahara, Taman Sultan Abdul Halim, Alor Setar - belum ditemui

11.6NOVEMBER - Siti Nur Fatihah Sharom, 11, lemas di sebuah tali air di Kampung Tualang, Banggu, Kota Bharu ketika cuba menyelamatkan sepupunya, Mohd Faiz Ismail, 9 kira-kira jam 10 pagi.

12.6 NOVEMBER - Mohd Hazrul Abdul Jalil, 26, lemas ketika cuba menyelamatkan isterinya Norfaridah Mohd Amin, 26, di Sungai Jin, Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing, Pahang. Ketika itu mangsa, isteri, ibu dan seorang adik lelakinya berkelah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10