nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

TERKINI: MAYAT MANGSA KORBAN KELAPAN BANJIR DITEMUI

MAYAT korban kelapan musim banjir 2010, Muhammad Muzzammil Muhammad Hafzi, 12, ditemui jam 10 malam tadi selepas empat jam dia dilaporkan hilang ketika mandi bersama kawannya di Sungai Payong, Marang, Terengganu.

Muhammad Muzzammil, pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, dikatakan mandi di sungai itu kira-kira jam 6.20 petang semalam bersama seorang rakannya selepas bermain bola sepak.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata setibanya di sungai itu, Muhammad Muzzammil terus terjun ke sungai manakala rakannya berdiri di tebing. Dia kemudian terus hilang dipercayai lemas.

Sepasukan polis dan pasukan penyelamat bergegas menjalankan gerakan mencari dan menemui mayat mangsa kira-kira 50 meter dari tempat di mandi.

Jenazah telah dihantar ke bilik mayat Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10