nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

UPDATE: BANJIR DI KEDAH: LEBIH 10,000 DIPINDAHKAN

ANGKA pemindahan mangsa banjir di Kedah meningkat tiga kali ganda, ketika hujan semakin lebat dan air dari beberapa sungai dan terusan terus melimpah memenuhi kawasan rendah, terutama di kawasan yang pernah dilanda banjir paling buruk 2005.

Daripada sejumlah 3,000 semalam, kini angka terbaru mangsa pindah telah mencecah 10,000 orang terutama melibatkan penduduk di sekitar Padang Terap.

Aliran air dari Padang Terap yang melimpah diburukkan pula dengan paras air di semua terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Sungai Kubang Pasu yang  kesemuanya telah melepasi paras bahaya.

Nasihat dikeluarkan oleh pejabat Pegawai Daerah Kubang Pasu agar semua penduduk, terutama yang pernah terlibat di kawasan banjir besar 2005 supaya bersedia untuk berpindah. Tanda-tanda banjir besar semakin jelas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10