nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

TUJUH KES SUAMI DIBELASAH ISTERI: SIBU KINI PUSAT KEGANASAN DOMESTIK DAN SEKSUAL

BANDAR Sibu di Sarawak kini boleh dikatogerikan sebagai pusat keganasan domestik yang semakin parah. Ia amat memerlukan rawatan dan terapi untuk kembali menjadi bandar syurga buat semua rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian!

Dengan sebanyak tujuh kes membabitkan suami dibelasah oleh isteri masing-masing, selain 83 kes suami membelasah isteri yang dilaporkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, Sibu harus diberi perhatian pihak berkuasa untuk 'dipulihkan' semangatnya sebagai bandar bahagia.

Bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini, Pusat Pengurusan Krisis Setempat (OSCC) mengeluarkan statistitik yang menunjukkan terdapat 142 kes keganasan domestik dilaporkan berlaku di Sibu. Ia membabitkan 127 mangsa wanita dan 5 mangsa lelaki!


Semua statistik itu diperolehi daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Sibu yang turut menyatakan sebanyak  42 kes rogol (24 daripadanya membabitkan gadis bawah umur) dilaporkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini. Sebahagian kes itu pula membabitkan ahli keluarga sendiri termasuk abang dan ayah!

Adalah sesuatu yang membimbangkan jika dilihat purata kes keganasan rumahtangga yang dirujuk ke Hospital Sibu bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Bagi tempoh itu, hospital berkenaan menerima enam hingga sembilan kes keganasan rumahtangga membabitkan mangsa wanita pada setiap bulan. Malah terdapat  kes keganasan rumahtangga yang membabitkan mangsa lelaki dilaporkan pada Mac, Mei dan Julai tahun ini!

Sebenarnya, keganasan rumahtangga dan rogol adalah sub atau cabang daripada beberapa induk punca jenayah seperti dadah, perjudian dan minuman keras! Barangkali kewujudan begitu banyak pub, pusat hiburan, kebanjiran dadah dan minuman keras mesti dikekang dan dibanteras jika tidak mahu Sibu terus menjadi bandar hantu keburu!

Apakah kerajaan terlepas pandang apa yang sedang berlaku di Sibu ini, termasuk juga beberapa bandar lain yang sekian lama dibiarkan dipengaruhi cara hidupnya dengan budaya manusia tidak senonoh dan semenggah? Apakah nasib dan kebajikan sosial masyarakat di Sibu akan terus dinodai oleh keganasan yang berterusan?

Atau kerajaan harus menunggu sehingga pilihanraya baru mahu menjanjikan sesuatu kepada masyarakat di Sibu untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10