nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

DUA PETANI INDIA DITAHAN KES PEMBUNUHAN IBU MUDA DAN DUA ANAKNYA

POLIS India menahan dua petani berhubung kematian seorang ibu muda rakyat Malaysia dan dua anaknya yang sebelum itu dilaporkan hilang di selatan India sejak Isnin lalu.

Polis juga percaya kesemua mangsa, Adhila Banu, 24, Mohd Aslam, 7 dan Ajira Banu, 5, dicekik sebelum mayat mereka dibuang di dua tempat berasingan di Madurai, Tamil Nadu.

"Berikutan tiada kesan kecederaan atau luka pada ketiga-tiga mangsa tubuh, kami percaya mereka telah dicekik oleh mangsa dan lemas. Dua petani yang dipercayai mempunyai kaitan dan maklumat berkaitan kes itu kini ditahan untuk siasatan," katanya pegawai penyiasat kes itu, Inspektor PR Lakshmanan.

Laporan bedah siasat Hospital Rajaji telah disiapkan dan telah diserahkan kepada polis tetapi setakat ini pihak berkuasa belum lagi dapat mengenalpasti motif di sebalik pembunuhan tiga beranak yang tiba di India sejak sebulan lalu.

Kini polis sedang mencari suami wanita berkenaan, Muthusamy@Ahmad berusia 30 tahun dipercayai bekerja sebagai pemandu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

 PS: Macam mana suami dia rakyat India boleh dengan mudah mendapat PR? Sedangkan ada rakyat keturunan Melayu di negara ini yang lahir di sini, tetapi berdepan masalah ketiadaan dokumen ayah dan ibu, masih merempat tiada dokumen pengenalan sehingga kini? SPRM mungkin boleh semak kes-kes sebegini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10