nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

TERKORBAN LEMAS KETIKA CUBA SELAMATKAN KAWAN

BAGI Ahmad Mustapha, persahabatan melebihi segala-galanya, hatta nyawa jadi taruhan. Dalam satu kejadian tengah hari tadi, Ahmad terjun ke satu lubuk yang dalam di sebuah kawasan air terjun untuk menyelamatkan rakannya yang hampir lemas.

Namun niat baiknya bertukar tragedi. Ahmad, 18, sebaliknya lemas manakala rakan yang cuba diselamatkan itu berjaya ditarik naik oleh seorang rakan lain, Mohd Zulhi Ahmad, 22.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata sebelum kejadian mangsa bersama 13 rakan yang lain berkelah di satu kawasan air terjun di Tembakah, Hulu Besut, Terengganu.

Menurutnya, kesemua sahabat karib itu menaiki motosikal dan kemudian berenang di kawasan air terjun itu. Bagaimanapun, tengah hari tadi, 3 daripada rakan mereka berenang di satu kawasan lubuk yang dalam menyebabkan seorang daripada mereka hampir lemas.

Ahmad yang ketika itu sedang makan tengah hari bersama rakan-rakan, segera terjun untuk menyelamatkan kawannya yang hampir lemas itu. Bagaimanapun, dia hilang sebaliknya rakan yang hampir lemas itu berjaya diselamatkan.

Selepas gagal mengesan Ahmad yang tenggelam dibawa arus, rakan-rakannya menghubungi pasukan penyelamat dan gerakan mencari berjaya menemui mayat Ahmad kira-kira jam 3.45 petang. Jenazahnya dihantar ke Hospital Besut sebelum dituntut ahli keluarganya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10