nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

RTM DICABAR SIARKAN BERITA SEIMBANG: KALAU TAK TAHU, SAYA TUNJUKKAN!

RTM wajar menjadi sebuah rangkaian media elektronik bermaruah dan ada harga diri jika betul konon berkhidmat untuk rakyat!

Tidak salah menyiarkan berita kononnya parti PKR bergelodak, tidak salah menyiarkan konon Melaka lebih baik dari Pulau Pinang, tidak salah menyiarkan berkali-kali dalam sehari berita mengenai penyelewengan kerajaan negeri Selangor. Tidak salah siarkan berita keburukan negeri pembangkang  Tidak salah kalau ia benar dan mempunyai nilai berita, tetapi RTM dicabar menyiarkan berita-berita berikut:

1.Orang Umno serang dan tumbuk Adun Sekincan di Tanjung Karang
2.Projek Kampung WiFi di Rumah Guntol Sarawak yang berfungsi seminggu dan selepas itu sehingga kini menjadi projek gajah putih/membazir wang.
3.Berita yang terkeluar dari mulut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Cho Chee Heung yang mengaku projek landasan keretapi berkembar punca banjir besar di Kedah/Perlis.
4.Banyak penduduk di Melaka masih miskin dan melarat dengan rumah yang hampir tumbang
5.Ada penduduk di Terengganu yang berpuluh tahun masih guna pam untuk dapat air.
6.Projek pengindahan Hutan Simpan Pasir Panjang Port Dickson yang dibina di tepi tebing tanah runtuh.
7.Berita sebenar muzium Gedung Raja Abdullah di Klang yang ditutup bukan sejak PR memerintah, tapi sejak hampir LAPAN TAHUN lalu ketika Umno memerintah.
8.Berita siapa sebenarnya saudara-mara pemuda yang sembelih mak, adik dan ahli keluarga di Gemencih, Negeri Sembilan dulu.
9.Berita tentang di mana Little Melayu di Malaysia untuk seimbangkan dengan Little India dan China Town
10.Berita adanya pensyarah di UiTM tak berapa fasih berbahasa Inggeris.
11.Berita tentang anak Melayu melarat berbanding bangsa lain di negara ini
12.Berita kenapa Rosmah tak mahu pakai tudung sedangkan dia isteri perdana menteri sebuah negara yang Islam agama rasminya
13.Berita tentang syarikat ada kaitan dengan kerajaan yang pengerusi/lembaga pengarahnya bekas pegawai tinggi kerajaan yang telah tua kerepot dan tak boleh buat kerja sehingga syarikat susah nak untung
14.Berita tentang gaji CEO sebuah syarikat air yang dikatakan berpendapatan hampir RM500,000 sebulan
15.Berita kenapa makanan tak cukup di negara kita sehingga mesti diimport. Contohnya, beras, gula, kelapa, ikan dan sayur-sayuran.
16.Berita tentang siapa orang politik dan pemimpin yang suka main sundal di Indonesia, contohnya di Medan
17.Berita tentang jumlah sebenar orang Melayu jutawan berbanding Cina dan India di negara ini
18.Berita tentang negeri di perintah pembangkang dianaktirikan di segi bantuan sedangkan negeri itu juga sebahagian daripada Malaysia
19.Berita tentang kenapa kerajaan bina rumah perjudian, pusat hiburan dan cadangan nak buat hab hiburan sampai malam.
20.Berita tentang laporan audit negara yang bongkarkan penyelewengan

Usah autalah kalau kata itu tiada nilai berita. Mahu saya tunjukkan macam mana nak jadikan berita?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10