nuffnang ads

Wednesday, November 17, 2010

TERKINI: EMPAT SEKELUARGA MAUT NAHAS, KERETA DILANGGAR TRELER

EMPAT sekeluarga, termasuk pasangan suami isteri dan anak kembar mereka terbunuh dalam kemalangan ngeri Aidiladha di KM377.6, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berdekatan Slim River, Perak kira-kira jam 2 pagi tadi.

Shaiful Fadzillah Shahar, 31, isterinya Siti Suzana Nohd Noor, 33, dan dua anak kembar, Fitri dan Fikri, masing-masing enam tahun, terbunuh apabila kereta Proton Iswara mereka naiki melanggar sebuah lori di depan, sebaik sahaja sebuah treler merempuh kenderaan mereka daripada belakang.

Dua lagi ahli keluarga mereka cedera, termasuk seorang di antaranya parah. Mereka dikenali sebagai Fatiha, 4, dan Firdaus, 8.

Ini adalah kemalangan ngeri pertama Aidiladha, melibatkan sebuah keluarga. Keluarga mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Labu, Negeri Sembilan dan sedang menuju ke Lenggong untuk menyambut perayaan bersama sanak-saudara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, DSP Anuar Osman, berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan pemandu treler yang merempuh kereta mangsa kini ditahan untuk diambil sampel darah bagi ujian alkohol.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10