nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

TERKINI BOLA SEPAK SUKAN ASIA: MALAYSIA 9 PEMAIN LAWAN CHINA 12 PEMAIN (CAMPUR PENGADIL -BENJAMIN) SEKARANG!!

45 minit pertama perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan China, di Sukan Asia sekarang masih 0-0. Tapi yang mengganggu kita ialah tindakan pengadil, Benjamin F yang memerintah keluar padang dua pemain Malaysia, mengakibatkan kini Malaysia hanya tinggal 9 pemain (termasuk penjaga gol) di padang, menentang 11 pemain China tidak termasuk pengadil yang kelihatan memihak pihak lawan!

Namun, setakat ini walaupun China mempunyai 11 pemain mereka masih gagal membolosi gawang negara. Malaysia hanya perlu mendapatkan keputusan seri untuk mara ke peringkat seterusnya. Dan kini Rajagopal terpaksa menggunakan taktik mengarahkan kesemua lapan pemain (tidak termasuk penjaga gol) berkampung di kawasan penalti untuk menghalang China menjaringkan gol.

Kini ada 45 minit lagi perlawanan akan diteruskan. Pemain Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali memastikan pemain China tidak menjaringkan gol.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10