nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

PENGAJARAN UNTUK PENJENAYAH: APABILA RAKYAT MULA MENGHUKUM, BEGINILAH JADINYA!

SEORANG warga asing yang mempunyai niat buruk datang ke negara ini melakukan jenayah samun dan pecah kereta, khatam pelajaran pertamanya semalam.

Dalam kejadian 7.0 pagi, di Satok, Sarawak, suspek dikatakan memecah kereta seorang wanita berusia 42 tahun yang baru sahaja menghantar anak ke pusat asuhan.

Warga asing itu berjaya mengambil beg tangan dan barangan berharga namun perbuatannya disedari oleh seorang wanita pemilik kereta tidak jauh dari tempat kejadian.

Wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian itu kepada pemilik kereta yang menjadi mangsa dan mangsa sempat melihat kelibat lelaki yang memecah masuk keretanya. Tanpa menunggu lama, dia hidupkan enjin keretanya dan brooooommm...kejar.
Penjenayah terbaring dibelasah orang ramai di Satok (BP)

Menyedari dirinya dikejar, warga asing itu cuba melarikan diri memasuki deretan rumah berdekatan, namun mangsa segera menjerit meminta bantuan orang ramai. Lebih 20 orang menyahut panggilan itu dan mereka memburu suspek selama 15 minit.

Pada masa yang sama sekumpulan penunggang motosikal turut membantu dan berjaya mengepung suspek yang keletihan.

Di situlah bermula bab pertama pelajaran khusus untuk seorang penjenayah. Dia dibelasah dan dikitai cukup-cukup oleh orang ramai yang berang kerana kepenatan memburu. Selepas pasti penjenayah itu faham pelajaran pertamanya, barulah orang ramai menghubungi polis yang kemudian menghantarnya ke hospital untuk menerima ijazah selepas khatam pelajaran!-TBP.

Pesanan: Orang ramai dilarang meniru aksi kes di Satok ini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10