nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

TERBARU: DUA TAHANAN WARGA NIGERIA LEPAS LARI DALAM KAWALAN IMIGRESEN KETIKA MAHU DIHANTAR PULANG

LAGI kes tahanan warga asing lepas lari! Malam tadi jam 11 malam, dua warga Nigeria yang dalam keadaan bergari berjaya meloloskan diri mereka dari kenderaan Jabatan Imigresen dan hilang dalam gelap ketika mereka dibawa ke KLIA untuk dihantar pulang ke negara asal.

Ini satu lagi kes kelalaian atau apa? Ini kerana kedua-duanya yang bersama dengan seorang lagi warga asing rakyat Palestin melihat peluang ada apabila pegawai imigresen memberhentikan kenderaan di sebuah stesyen minyak.

Bagaimanapun, seorang warga Palestin yang ada dalam kenderaan itu tidak melarikan diri. Dia rela dihantar pulang.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mahmood Adam, berkata beberapa pegawai imigresen yang terbabit dalam urusan penghantaran warga asing itu kini digantung tugas.

Menurutnya, polis kini menjalankan gerakan mencari kedua-dua tahanan yang melarikan diri itu. Polis juga katanya mempunyai gambar dan cop jari tahanan yang melarikan diri.

P/S. SOP kerja dalam urusan begini, boleh henti tengah jalan isi minyakkah? Bukankah sebelum menghantar tahanan, minyak mesti dipastikan cukup pada kenderaan. Lucu dan pelik kejadian ini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10