nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

MEMANG WAJAR MENTERI BESAR BASUH WARTAWAN RTM. PADAN MUKA ENGKAU!

SAYA memantau siaran berita RTM tentang berita banjir sejak hari pertama bencana itu melanda di Kedah dan Perlis. Majoriti berita yang disiarkan RTM lebih cenderung mencari salah kerajaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan PAS.

Sikit-sikit berita tentang kerajaan negeri tidak bantu, kerajaan negeri abaikan mangsa. Sebaliknya berita konon semua yang baik dilakukan oleh kerajaan pusat. Semua yang buruk dilakukan oleh kerajaan negeri. MasyaAllah! Tiada sepatah kata ditanya kepada Menteri Besar Kedah sejak hari pertama banjir. Kalau ditemuramah punn semuanya orang Umno!

Hari ini, Menteri Besar membasuh wartawan RTM. Padan muka! Selepas berhari-hari barulah pertanyaan mahu dikemukakan kepada menteri besar, itupun selepas RTM menyiarkan berita buruk belaka tentang kerajaan negeri menangani bencana itu di Kedah.

RTM mesti jujur dan bertindak adil kalau mahu dilihat ada maruah sebagai stesyen televisyen yang mahu dihormati. Kenapa mesti mencari salah sedangkan tidak ada usaha untuk menemuramah menteri besar bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum ini.

Kenapa saya katakan RTM memang tidak jujur dan tidak bermaruah dalam menyiarkan beritanya? Stesyen itu hanya mencari salah parti pembangkang. Kalau RTM jujur kenapa tidak disiarkan gambar rumah menteri besar ditenggelami air?

Kalau RTM jujur kenapa tidak disiarkan dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yang berkata, punca banjir teruk di Kedah adalah kerana projek landasan keretapi berkembar?

Kalau RTM jujur kenapa Ketua Pengarahnya, Ibrahim Yahaya dalam blognya mempertikaikan tindakan adil akhbar The Star menyiarkan gambar rumah menteri besar dinaiki air di muka depan akhbar itu? Kata Ibrahim, The Star seolah-olah ada udang di sebalik mi menyiarkan gambar menteri besar sedang mengharungi banjir!

Demikianlah! Apabila menteri besar basuh wartawan RTM kerana mahu bertanyakan soalan kenapa kerajaan negeri tidak bantu mangsa banjir, tentulah semua rakyat Malaysia yang berpelajaran dan percayakan Tuhan akan menyokong tindakan menteri besar itu.

Insaflah RTM! Jalankanlah amanah menyampaikan berita secara adil tanpa berpihak!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10