HARI ini semua orang bercerita tentang BAPAK. BAPAK ini diwujudkan sebagai satu saluran untuk bantu masyarakat Felda jika menghadapi masalah. BAPAK akan dijadikan pusat sehenti untuk mengumpul segala masalah sebelum disalurkan kepada jabatan atau agensi tertentu untuk mengatasinya.
Itulah serba sedikit tentang BAPAK. BAPAK ini diwujudkan sebagai bukti kerajaan telah GAGAL selama ini membantu mengatasi masalah masyarakat. Kalau tak gagal, maaf cakaplah, tak wujudnya benda BAPAK ini. Lagi satu, BAPAK ini wujud sebagai tanda-tanda kecil adanya pilihanraya sama seperti tanda-tanda kecil lain seperti mendadaknya bilangan orang gila berkeliaran di negara ini.
Tak kisahlah, BAPAK yang ini hendak jadi BAPAK macam bapak tiri pun tak kisah. Kita dah tahu sangat dan dah lali sangat. Ciptalah segala bagai istilah, namun yang jelas 53 tahun merdeka, MELAYU tak maju-maju ditadbir oleh sebuah parti konon untuk orang Melayu yang dipimpin oleh orang Melayu.
Cuma teringatlah pula bila perkataan BAPAK digunakan di Indonesia dan panggilan ANAK BAPAK dalam filem P Ramlee dan maki hamun orang bila marah yang menyebut KEPALA BAPAK!