SEBUAH bas membawa 20 penumpang melanggar enam kenderaan lain dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat, berdekatan sebuah stesyen minyak di Batu Burok, Kuala Terengganu kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Walaupun semua penumpang terselamat, kecuali terkejut, seorang daripada pemandu kereta yang dilanggar yang berusia 20-an cedera dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat bas berkenaan mengalami masalah kerosakan brek.