nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

TENGOK ' BLUE ' BOLEH RAWAT MATI PUCUK!

DUA pakar perubatan di Singapura menyarankan lelaki yang mengidap mati pucuk atau ejakulasi pra-matang supaya menonton filem 'biru' yang mengandungi aksi 'gusti' lelaki dan wanita di atas ranjang kerana itu dikatakan antara kaedah untuk merawat penyakit yang mereka hidapi.

Malah Dr Lin Fa Chai, menyarankan lelaki yang mengidap penyakit berkenaan supaya melakukan mastubasi secara bersungguh-sungguh ketika menonton filem itu bagi menaikkan keghairahan sekaligus mengeluarkan sperma yang tidak dikehendaki.

Seorang pesakit di Guizhow, China yang mengikuti rawatan dan terapi itu mendapati ia amat berkesan selepas berjumpa pakar perubatan dan untuk rawatan itu pesakit terbabit yang dikenali sebagai He hanya membayar tidak sampai RM300.

Menurut Dr Fa Chai, menerusi kaedah menonton filem biru itu, pesakit akan mempelajari teknik dan kemahiran melakukan seks secara betul secara tidak langsung.

Seorang lagi pakar perubatan lelaki, Dr Yu Wei Sang, pula berkata pesakit yang menjalani rawatan ejakulasi pra-matang dengan menonton filem lucah akan memperolehi kebaikan kerana ia secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan hormon lelaki!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10