nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

TELINGA KAK MAH KENA GIGIT TIKUS DI HOSPITAL TAIPING

HOSPITAL sepatutnya menjadi tempat selamat untuk berlindung, tapi tidak bagi seorang pesakit yang dikenali sebagai Kak Mah di Hospital Taiping, Perak baru-baru ini. Hospital bagi Kak Mah, barangkali bagai tempat pembuangan sampah yang sekaligus menjadi ladang ternakan tikus!

Kak Mah menceritakan satu kejadian pelik dan menakutkan apabila cuping telinga kirinya digigit tikus ketika sedang tidur di katilnya, di wad 19 hospital itu. Kejadian itu katanya berlaku awal minggu ini dan amat memeranjatkan.
Kesian Kak Mah...tikus Hospital Taiping gigit cuping telinga kirinya (pix-Hafizul Mohamad/BH)

Menurut Kak Mah, sebelum tidur dia ada mendengar bunyi tikus berdecit-decit berdekatan katilnya yang terletak berhampiran kaunter jururawat di wad berkenan, tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus tidur dengan lena.

Bagaimanapun, dia yang dirawat di hospital itu akibat tumpah darah, tiba-tiba terasa telinga kirinya amat sakit sekali seolah-olah digigit sesuatu. Selepas diperiksa, dia mendapati itu adalah gigitan tikus menyebabkan cuping telinganya mempunyai dua kesan hitam halus.

Berikutan kejadian itu Kak Mah, 44, berharap sangat pengurusan Hospital Taiping mengambil tindakan segera menghapuskan tikus yang dikatakannya berkeliaran di sekitar wad.

 Apalah agaknya jawapan Pengarah Kesihatan atau pengarah HT berkenaan dakwaan ini ya?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10