nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

EINA, PELAKON FILEM RATU THE MOVIE MINTA DILEPASKAN...TAK SANGGUP DAH!

PELAJAR tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ4, Subang Jaya, Selangor, Ainur Syakina Azman atau Eina, 15, yang diberi watak penting Melissa dalam filem Ratu The Movie, arahan Razak Mohaideen mahu kontraknya bersama Alternate Pictutres, ditamatkan serta-merta!

Dia mendakwa berlakunya ketidakadilan dan penyelewengan dalam syarikat pengurusan artis itu, sehingga menyebabkan dirinya membuat desakan itu.

Eina yang juga anak saudara guru vokal dan penyanyi terkenal 80-an, Juliza Adlizan, mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Alternate Pictures, Latiff Mohaideen, 39, yang juga penerbit eksekutif Ratu The Movie, bersikap pilih kasih apabila hanya memberi layanan istimewa kepada beberapa pelakon baru filem itu, terutama Tryambikay Vendages atau BKay dan Shuhaila Sidik Mohamaed (Sue).

Tanpa berselindung, Eina dengan lantang membuat tuduhan, Latif mempunyai SKANDAL dengan BKay yang kini bertugas sebagai Pengurus, Koordinator Operasi, Wayang Studios International, manakala penulis skrip Ratu The Movie, Shukor Mohaideen pula didakwa menjalin hubungan istimewa dengan Sue. Justeru BKay dan Sue dikatakan mejadi anak emas LineClear Motion Pictures (LCMP).

Eina...mohon tamatkan kontrak
Satu lagi yang didedahkan oleh Eina ialah terdapat 10 ratu ke Langkawi, tetapi lapan ratu menaiki bas manakala BKay dan Sue pula naik pesawat! Tak tahulah pula kalau kedua-duanya membayar tambang sendiri, kata Eina.

Eina berharap sangat Alternate Pictures melepaskannya dengan cara baik dan dia akan membuat surat untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki.

Latiff pula dipetik menyifatkan ia hanya salah faham.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10