TELEKOM MALAYSIA (TM) maju setapak lagi ke depan apabila memperkenalkan kaunter pembayaran bil bergerak bagi memudahkan orang ramai membayar bil pelbagai.
|
Pusat bergerak pembayaran setempat TM diperkenalkan di Kota Kemuning Shah Alam, minggu lalu |
Kemudahan yang baru diperkenalkan minggu lalu mendapati usaha itu banyak membantu orang ramai ekoran yang sering berdepan masalah kesesakan yang berlaku di pejabat pos, terutama pada awal bulan.
TM memulakan perkhidmatannya di sekitar Kota Kemuning Shah Alam, berdekatan Balai Polis Kota Kemuning, sejak minggu lalu. Menurut petugas kaunternya, khidmat pembayaran bil bergerak itu diadakan seminggu sekali, iaitu pada setiap Selasa.