PENUMPANG yang terbabit dalam kejadian gerabak keretapi KTM tergelincir di Singapura pagi tadi, mengeluh kerana mereka dibiarkan tersadai lebih dua jam tanpa perhatian daripada pengurusan KTM.
Akibatnya ramai bersungut dan merungut dan tidak kurang pula ada yang tumbuh sesungut kerana terpaksa berpanas menunggu di tempat kejadian.
Akhbar ST menemuramah beberapa penumpang. Seorang daripadanya, Tan Chan Kiaw, 70, mendakwa dia mahu pergi ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ibunya tetapi terpaksa dilewatkan kerana tiada kenderaan membawa dia keluar dari tempat kejadian
Seorang lagi, Patricia Ong, mendakwa letih menunggu kenderaan sehingga terpaksa menghubungi ahli keluarganya menjemput pulang.
Dalam kejadan kira-kira jam 8.15 pagi tadi, tiga gerabak keretapi membawa penumpang KTM tergelincir ketika baru bertolak ke Kuala Lumpur.