nuffnang ads

Wednesday, November 10, 2010

SUBRAMANIAM JANGAN CERITA SOAL KENAIKAN PANGKAT: TERIMA REALITI BUKAN MELAYU KURANG PATRIOTIK

MENTERI MIC S Subramaniam, menggasak Zahid Hamidi di parlimen hari ini konon katanya, dia terasa dengan kata-kata Zahid semalam yang mendakwa kurangnya patriotisme di kalangan bukan Melayu punca kenapa tidak ramai golongan itu menceburi bidang ketenteraan.

Subramaniam membantah konon itu satu tuduhan dan amat kurang wajar diucapkan oleh seorang pemimpin. Sebaliknya hari ini menteri MIC itu membela bukan Melayu konon masalah kesukaran dalam kenaikan pangkat menjadi punca. Bukannya kurang patriotik.

Hello aiya! Jangan cerita fasal kenaikan pangkat dululah. Apa semua bukan Melayu masuk tentera mahu jadi pegawai sahajakah? Tidak mahu jadi prebet dulukah? Apa cerita mahu bising-bising kenaikan pangkat kerana dalam tentera pun sudah banyak kaum India misalnya berpangkat tinggi, seperti mejar dan leftenan kolonel. Apa aiya mahu pegawai India sama banyak bilangannya dengan pegawai Melayu yang jumlahnya 95 peratus berbanding 5 peratus bukan Melayu?

Kalau betul jujur mahu masuk tentera, kaum bukan Melayu tidak semestinya bercita-cita yang tinggi-tinggi dulu. Mahu jadi pegawai sahaja. Jadilah prebet macam orang Melayu yang telah berjuang untuk negara ini sejak awal merdeka.

Aiya juga ada kata banyak kes bukan Melayu gagal temuduga ujian awal. Aiya kena faham kalau mahu jadi tentera tapi lembik dan gagal ujian jasmani, apa cerita? Orang Melayu yang gagal dalam ujian jadi tentera lebih banyak dari orang India lah aiya! Mereka tak bising, malah ada di antaranya mencuba tiga empat kali pergi temuduga.

Sebenarnya apa yang Zahid kata ada betullah aiya. Bukan dia tuduh sembarangan, tapi dia melihat dari banyak sudut. Aiya... minta tolong sikit bolehkah? Tolong jangan sensitif sangat okay!

Aiya kena suluh dalam hati budi bukan Melayu, benarkah mereka amat patriotik terhadap negara kita ini. Ini bukan soalan sensitif, ini soalan terus-terang. Kenapa apabila ada sahaja menteri Melayu cerita hal-hal berkaitan patriotisme, menteri macam aiya selalu mahu bantah.  Dia bukan menghina tapi mahu buka cerita sebenar. Kita kena terimalah dan perbaikilah mana kurang.

Kalau mahu bantah pun aiya kena tengok sejarah dan statistiklah aiya. Bolehkah?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10