nuffnang ads

Wednesday, November 10, 2010

SINGAPORE AIRLINES (SIA) LARANG TIGA PESAWAT A380NYA TERBANG HARI INI

SYARIKAT Penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) hari ini mengarahkan tiga pesawat superjumbo A380 di tiga lokasi menghentikan penerbangan serta-merta bagi menjalani pemeriksaan dan urusan penggantian enjin Rolls Royce pada ketiga-tiga pesawat itu.

Salah sebuah daripada tiga pesawat A380 superjumbo milik SIA sedang diperbaiki di Sydney hari ini. Dua lagi diperbaiki di London dan Melbourne. Ketiga-tiga pesawat itu dilarang terbang mulai hari ini dan diarah digantikan enjin RollsRoyce pada pesawat berkenaan.
Ketiga-tiga pesawat itu kini 'tersadai' sementara menunggu pembaikan masing-masing setiap satu di London, Sydney dan Melbourne. Kesemua penumpangnya pula diarah menaiki pesawat lain sebagai gantian ke destinasi masing-masing.

Tindakan terbaru melarang pesawat A380 itu terbang dikatakan ada kaitan sebagai langkah berwaspada ekoran tragedi kerosakan enjin dua pesawat jenis sama milik syarikat penerbangan Qantas yang terpaksa mendarat cemas di Singapura.(The Age)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10