nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

SINDIKET NIKAH WALI SONGO, TAWARKAN NIKAH MUDAH DAN CEPAT TUMPAS.

SEORANG jurunikah palsu yang didakwa mengetuai satu sindiket pernikahan dikenali Sindiket Nikah Wali Songo lari lintang pukang, malam tadi apabila kediaman yang dijadikan pejabat 'nikah kahwin' sindiket itu di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur diserbu.

Sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang telah lama mengintip pergerakan sindiket itu yang beroperasi di perkampungan setinggan bagaimanapun berjaya menahan sepasang 'pengantin baru' bersama 21 lelaki dan 3 wanita lain di situ.


Jurucakap Jawi, berkata jurunikah palsu dikenali sebagai Hashim itu berjaya meloloskan dirinya melalui pintu belakang sebaik sahaja menyedari 'pejabat nikah kahwinnya' diserbu.

Kesemua saksi yang ditahan dibebaskan selepas keterangan mereka diambil manakala pasangan pengantin baru yang dinikahkan Wali Songo itu akan didakawa di Mahkamah Syariah esok.

Difahamkan, sindiket itu mengenakan bayaran berpakej kepada pasangan yang ingin bernikah dengan pasangan masing-masing secara mudah dan cepat. Kebanyakan pasangan yang mendapatkan khidmat sindiket itu dipercayai lelaki tempatan dan wanita Indonesia dan lelaki Bangaldesh bersama wanita Indonesia.

Sindiket sama turut dikatakan mempunyai ejen yang mensasarkan pelanggan di kalangan warga asing yang bekerja di kilang, serta mengeluarkan dokumen palsu sijil pernikahan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10