nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

(UPDATE)LELAKI MAUT DITIKAM KEKASIH ISTERI!

SEORANG suami bukan sahaja terseksa akibat kecurangan isteri bermain kayu tiga dengan lelaki lain, tetapi turut menerima sengsara apabila ditikam dan ditetak kekasih isterinya itu bersama lima lagi lelaki lain dalam satu kejadian malam tadi, di sebuah pangsapuri di Taman Medan, Petaling Jaya.

Sebelum kejadian, lelaki warga Indonesia itu dikatakan datang berjumpa kekasih isterinya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun berlaku pertengkaran sehingga dia ditetak di kepala dan badan berkali-kali oleh kekasih isterinya menggunakan senjata tajam.

Mangsa yang cedera parah bagaimanapun berjaya melarikan diri menuruni tangga pangsapuri sebelum dibantu beberapa penduduk tetapi mati di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

Polis yang menerima maklumat kejadian itu menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat dan berjaya menahan dua wanita bagi membantu siasatan. Suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian. Setakat ini polis percaya enam lelaki terbabit menetak dan menikam mangsa sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata gerakan sedang dilakukan untuk mengesan keenam-enam lelaki terbabit.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10