Dia memberitahu hal ini kepada MStar kerana yakin lama-kelamaan isu itu akan hilang begitu sahaja. Menurut Qasha dia hanya akan mendiamkan diri tetapi tidak menafkan berasa tertekan dengan isu panas yang kini semakin hangat.
Jika Qasha tidak mengambil tindakan atau laporan polis pun, ada sekumpulan peminat di Negeri Sembilan dikatakan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar itu. Peminat berkenaan dikatakan mahu pihak berkuasa menyiasat ketulenan gambar itu dan jika benar, mahu tindakan diambil ke atas kedua-dua artis itu.
Qasha tak mahu ambil tindakan, tetapi peminat dikatakan akan buat laporan untuk bersihkan maruah anak seni. |
Malaysia memerlukan anak seni yang bersih tingkah laku dan untuk itu Qasha dan Nabil sepatutnya membuat laporan polis bagi membersihkan imej mereka dan imej keseluruhan industri seni tanah air.
Kita tidak mahu pihak ketiga mendahului membuat laporan kerana ia akan menyebabkan Nabil dan Qasha akan lebih tertekan.