nuffnang ads

Tuesday, November 16, 2010

KUDA TEMAN SISWI BUTA DI MICHIGAN STATE UNIVERSITY, MICHIGAN

SEEKOR kuda bukan sahaja menjadi bahan tunggangan, tetapi kini semakin cerdik apabila turut dibawa ke bilik kuliah untuk mendengar syarahan atau tutorial.
Mona ditemani kudanya, Cali ke bilik kuliah setiap masa di Michigan State University- AFP

Di Michigan State University, Amerika, seorang siswi cacat penglihatan, Mona Ramounni, mendapat bantuan amat bermakna daripada seekor haiwan - kuda yang dipanggilnya Cali bagi memudahkan urusannya bergerak ketika menimba ilmu di universiti berkenaan.

Cali bukan sahaja berdiri tenang menemani Mona di bilik kuliah, tetapi turut senang berkawan dengan beberapa anjing yang digunakan oleh beberapa pelajar OKU di universiti itu sebagai teman mereka.

Michigan State University diiktiraf sebagai salah sebuah pusat pengajian tinggi antarabangsa yang turut menawarkan khidmat pembelajaran kepada mereka yang kurang upaya dan setakat ini semua jenis haiwan yang menemani tuan masing-masing berpeluang mendengar syarahan daripada ahli akademik yang kebanyakannya mempunyai kelulusan doktor falsafah dan professor.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10