SEORANG ayah Abdul Rahim Yaacob, merayu dua anak gadisnya, Nooranalina 18, dan adiknya Noorsyafinas, 15, pulang semula ke rumah selepas mereka keluar dari kediaman di Jalan Air Keroh, Cheras, Kuala Lumpur, dipercayai berpakat pada 4 dan 5 November lalu.
|
Nooranalina (kanan)..dan adiknya (Noorsyafinaz) |
Kehilangan pertama melibatkan Noorsyafinas, pada 4 November lalu apabila dia hilang selepas keluar membeli kad pra bayar telefon bimbitnya. Sehari selepas itu, kakaknya, Nooranalina pula hilang ketika membantu ayahnya berniaga buah-buahan di Dataran Merdeka.
Abdu Rahim percaya kedua-dua anaknya itu berpakat sebelum melarikan diri kerana mereka amat rapat dan amat pandai menyimpan rahsia.
Orang ramai yang mengetahui di mana mereka berada diminta menghubungi balai polis terdekat.