nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

PRU 13 MUNGKIN DIPERCEPATKAN

DENGAN jangkaan BN menang selesa dan bergaya di Galas dan Batu Sapi, pilihanraya umum ke 13 dijangka akan diadakan sedikit awal. Ini bertolak daripada semangat baru yang diperolehi BN menerusi kemenangan di kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu.

Tidak mustahil, BN turut menunggu keputusan kedua-dua kerusi Galas dan Parlimen ini sejak beberapa minggu lalu untuk dijadikan neraca kekuatan mereka pada PRU ke 13.

Ditambah lagi dengan gelombang perubahan sokongan di kalangan orang Cina di kedua-dua kerusi berkenaan, BN pasti melihat ia adalah satu permulaan yang baik untuk merampas semula beberapa negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Pengerusi BN, DS Najib pasti tersenyum, tapi jangan pula lupa pada Tengku Razaleigh. Strategi kempennya di Galas mengena dan pakatan terpaksa berdepan satu keadaan sulit apabila rakyat diberi hanya satu pilihan. Undi BN atau malukan Tengku Razaleigh!

Demikian, sedikit catatan tentang kemenangan yang bakal diraikan BN di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Tahniah kepada yang menang dan kepada yang kalah cuba lagi. Mantapkan strategi. Dalam mana-mana pertandingan hanya ada satu pemenang.

Dan tentunya Najib tidak boleh menolak mengiyakan bahawa PRU 13 semakin dekat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10