nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

MANGSA KESAL: RELA TANGKAP DUA SUSPEK, BILA SERAH KEPADA POLIS SEORANG DAPAT LARI!

KEJADIAN ini berlaku di Sibu awal pagi semalam. Dalam kejadian itu, anggota Rela yang melakukan rondaan terserempak dengan dua lelaki sedang memanjat masuk sebuah hotel menerusi tandas dan berjaya memberkas kedua-duanya kerana dipercayai cuba melakukan jenayah.

Dua suspek ditahan anggota Rela, di Sibu tapi ketika diserahkan kepada polis seorang (berbaju hitam) berjaya melarikan diri.
Anggota Rela menghubungi pemilik hotel berkenaan memaklumkan tangkapan itu dan pemilik serta anaknya turun dari kediaman mereka.

Pemilik hotel itu pula, Presiden Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak, Johnny Wong. Polis kemudian dihubungi mengenai tangkapan itu dan menurut Wong polis hanya tiba selepas satu setengah jam (1 1/2 jam) kemudian.

Tidak cukup bersikap lambat untuk datang ke tempat kejadian, polis pula menurut Wong tiba-tiba meninggikan suara seolah-olah tidak berpuas hati memarahi anggota Rela yang melakukan tangkapan. Polis yang datang menaiki kereta peronda itu marah dan mempersoalkan kenapa anggota Rela tidak membawa sendiri dua suspek yang ditahan ke balai polis.

Wong muskyil dengan keadaan itu dan sangkanya penyerahan suspek akan memudahkan segala-galanya, tetapi tidak. Seorang daripada suspek tiba-tiba berjaya melarikan diri ketika dibawa ke kereta polis. Wong dan anaknya cuba mengejar tetapi gagal.

Sikap yang ditunjukkan anggota polis malam semalam menurut Wong amat mengecewakannya. Ini kerana kedua-dua suspek dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes kecurian di hotel di Sibu sejak akhir-akhir ini.

Malah kata Wong lagi, dalam satu kejadian dua minggu lalu seorang peniaga emas kerugian RM200,000 apabila bilik hotelnya dipecah masuk dan pencuri melarikan emas yang mahu ditunjukkan mangsa kepada peniaga emas di sekitar Sibu.

Berikutan rasa tidak berpuas hati dengan sikap anggota polis itu, Wong memberitau beliau akan menemui Ketua Polis Daerah Sibu untuk memaklumkan perkara itu.(SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10