nuffnang ads

Saturday, November 20, 2010

PROJEK KAMPUNG WiFi RAIS YATIM JADI PROJEK GAJAH PUTIH DI RUMAH GUNTOL, SARAWAK

KEMENTERIAN Kesenian, Komunikasi dan Multimedia dengan bangganya mempersembahkan ENAM kampung dijadikan KAMPUNG WiFi di seluruh negara, beberapa bulan lalu!

Enam Kampung WiFi itu ialah di Kampung Gita, Sarawak, Kampung Bahagia Jaya, Sibu,(Sarawak), Pagoh, (Johor) Pulau Banggi (Sabah), Kampung Teriang, Jelebu (Negeri Sembilan) dan Rumah Guntol, Kuching (Sarawak).

Malangnya, 'Kampung WiFi' di Rumah Guntol, Kuching kini telah bertukar menjadi 'Kampung Gajah Putih' apabila cakera satelit yang dipasang di kawasan itu tidak boleh digunakan tujuh hari selepas dilancarkan perasmiannya oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim, pada 17 September lalu.

Kini, cakera satelit yang digunakan untuk menyalurkan isyarat bagi kemudahan sistem WiFi di situ hanya digunakan untuk menakung air hujan!

Ketua Rumah Panjang kawasan berkenaan, Guntol Janggu, dipetik memberitahu the Borneo Post, cakera satelit yang dipasang itu telah dipanah petir tiga hari selepas ia dipasang dan dilancarkan.

Kini kata Janggu, penduduk tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi kerana selepas penduduk memaklumkan kerosakan itu, dua pegawai kerajaan datang dan memeriksa cakera berkenaan.

Namun, selepas itu tiada lagi berita diterima daripada kementerian atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Kini cakera berkenaan tersadai dimakan hari. Malah ada penduduk sinis meluahkan kehampaan dengan mencadangkan cakera itu digunakan untuk menangkap ikan!

Difahamkan, cakera satelit itu mampu menyediakan kemudahan WiFi meliputi kawasan 350 meter persegi dan memberi kemudahan kepada lokasi terpilih. Namun kini, hilanglah seri Kampung wiFi Rumah Guntol, sebaliknya ia bertukar menjadi Kampung Gajah Putih. Jika lama lagi terbiar tidak mustahil ia akan menjadi Kampung Gajah Duduk!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10