IMPIAN pasangan beregu badminton negara untuk merangkul emas tidak kesampaian apabila Khoo Kien Keat/Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Kido/Hendra Setiawan dalam perlawanan akhir Sukan Asia sebentar tadi.
Pasangan negara hanya meraih perak selepas tumpas 3 set, 21-16, 24-26 dan 19-21.