nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

PROJEK HIDROELEKTRIK BAKUN PEMBUNUH SUNGAI BELAGA DAN SUNGAI BALUI

Sayang Sarawak!
Sungai Balui yang kontang
Sungai Balui yang tinggal nyawa-nyawa ikan

SELEPAS Sungai Balui kontang, ditelan airnya oleh projek Hidroelektrik Bakun, kini Sungai Belaga yang bersambung turut menjadi mangsa.

Sungai Belaga turut semakin kering
Pengepaman air untuk memenuhi tekak projek yang menelan seribu kepahitan dan menyimpan rahsia serta sejuta kontroversi penuh lendir dan memualkan itu, ternyata meresahkan penduduk

Sejak sebulan projek itu bermula, air Sungai Belaga semakin kering. Lanskap sekitarnya terjejas teruk dan paling menyedihkan aktiviti sosial dan ekonomi penduduk 30 rumah panjang di kawasan berdekatan seolah-olah hidup segan mati tak mahu.

Kini, bot ekspress telah mula menghentikan perkhidmatannya. Maknanya terhentilah pula nadi dan nyawa pengangkutan utama penduduk di situ. Kalau terpaksa, mereka hanya ada satu pilihan, iaitu menggunakan jalan darat yang mencecah harganya sehingga RM200 bagi satu perjalanan.

Ketua Komuniti Neo Hood Jo, berkata kebanyakan penduduk di situ bekerja di Kapit dan Sibu. Kegagalan sungai berfungsi sebagai laluan pengangkutan tentulah menyukar mereka. Kini batu sungai mulai timbul, manakala khidmat bot ekspress tidak lagi beroperasi.

Persoalannya bagaimana nanti penduduk yang tinggal dan bekerja di luar mahu pulang ke kampung halaman mereka menjelang Krismas? Sayang Belaga sungainya kering. Penduduk kini terus menjaid mangsa sebuah projek bernama pembangunan.

Tidak mustahil setiap sungai yang bersambung dan mengalirkan air di kawasan projek Hidroelektrik Bakun itu  akan bertukar wajah seperti sungai Balui. Semua akan kering dan apabila ini terjadi, sempurnalah satu tragedi paling kejam membabitkan pembunuhan sebuah kehidupan yang dulunya ceria dan penuh nostalgik disekitar Belaga (petikan dari The Star dan SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10