nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

KALAU MAHU RASAI KEHIDUPAN ESTET, MASUK PANGGUNG AJE!

TAK perlu masuk ke ladang getah untuk melihat estet. Masuk panggung ajer! Tak perlu bertarung dengan nyamuk dan pacat melihat orang menoreh getah. Masuk saja ke panggung yang berhawa dingin, lihat orang menoreh kasih.

Tanpa bau getah buku yang melantung, panggung akan menyajikan anda suasana dan alam sebenar Estet penuh jenaka, menyentap emosi dan mengajak kita berfikir tanpa perlu mengasah pisau toreh.

Estet yang diuruskan Mamat pasti menjanjikan pengembaraan anda penuh kenangan indah. Tak percaya? Bawalah pasangan masing-masing dan jangan lupa tisu. Bukan untuk mengelap air mata, tapi untuk mengesat air liur yang keluar dari gusi yang sentiasa basah.

Estet bukan hartanah, tapi ia satu cerita. Ada nanah, ada darah, ada air mata dan ada memori untuk anda rasai bersama. Ayuh..bawa couple anda bersama, tapi jangan buat maksiat. Pasangan dilarang melakukan adegan panas dalam estet!

Estet di panggung adalah estet kehidupan manusia sejagat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10