nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

PERATUSAN MENGUNDI DI GALAS TINGGI

SEHINGGA jam 12 tengah hari tadi dilaporkan sebanyak 55 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar telah keluar mengundi di Galas. Keadaan itu amat membanggakan dan jika trend itu berterusan tidak mustahil ia boleh mencecah 80 peratus sehingga jam 5 petang nanti.

Cuti yang diumumkan oleh kerajaan negeri bagi kemudahan pengundi dan cuaca redup sehingga tengah hari dipercayai mempengaruhi peratusan yang tinggi itu.

Walaupun beberapa insiden pergaduhan kecil termasuk perang mulut berlaku, tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.

PAS diramalkan tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10