nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

PEMIMPIN PUTERI UMNO MASUK HOSPITAL DITUMBUK AHLI WANITA PAS!

SELAIN menyaksikan kemeriahan pilihanraya di Galas, orang ramai juga dikatakan berpeluang melihat bagaimana seorang pemimpin Puteri Umno dari bahagian Kuala Krai 'KO" terkena tumbukan seorang ahli wanita parti PAS.

Akibatnya dia dikejarkan dan dimasukkan ke wad Hospital Gua Musang kerana cedera. Itu cerita daripada mulut mangsa kepada media Malaysia, namun cerita sebenarnya masih belum dapat dipastikan.

Kisah pemimpin Puteri Umno cedera dalam pertandingan 'sampingan' ini adalah antara warna-warni yang tumbuh mekar sepanjang hari pengundian pada pilihanraya kecil DUN Galas, di Kelantan.

Bagaimanapun, kita berharap biarlah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini lain.


p/s Jangan main-main. Macam batu tumbukan ahli wanita PAS itu agaknya! Tapi setiap kejadian mesti ada sebabnya. Kita serahkan kepada pihak berkuasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10