nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DIBELASAH DI ASRAMA

SEORANG pelajar tingkatan empat di SMK Subis, Batu Niah, Miri cedera di beberapa bahagian badannya apabila diserang sekumpulan pelajar dipercayai tingkatan lima di bilik asramanya malam Khamis lalu.

Rickey (kiri) bersama ayahnya (Edwin) menunjukkan laporan polis dibuat berhubung kejadian pelajar tingkatan empat itu dipukul beramai-ramai di bilik asramanya.(pix- by HAZEL LEE)
Rickey Mackline Edwin, 16, membuat laporan polis mendakwa kejadian itu berlaku jam 11 malam ketika dia baru tiba di biliknya selepas mengikuti rombongan ke Miri.

Menurutnya, dia dipanggil oleh seorang pelajar tingkatan satu dan kemudian dibawa ke bilik asrama pelajar tingkatan lima.

Ketika di bilik itu katanya seorang pelajar tingkatan 5 menarik bajunya dan mendakwa dia(Rickey) telah mengganggunya. Kemudian dia terus ditumbuk di kepala berdekatan telinga kiri.

Tidak cukup di situ kata Rickey. Lampu bilik itu kemudian dipadamkan tiba-tiba dan lebih ramai lagi rakan pelajar berkenaan menyerangnya bertubi-tubi. Mereka menendang, menumbuk dan menerajangnya sehingga dia terjatuh.

Ketika terjatuh, Rickey terus diserang dan dia hanya mampu menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk mempertahankan diri.

Nasib Rickey baik kerana kejadian itu disedari oleh seorang pengawas sekolah di bilik berdekatan yang kemudian datang membantu dan meleraikan serangan itu.

Ketika itu kata Rickey: "Pelajar tingkata lima itu mengugut saya. Dia kata jangan kamu report cikgu, kamu mati!"

Bagaimanapun, dia mengadu kepada ketua warden yang kemudian membawannya mendapatkan rawatan di klinik Batu Niah, sebelum ditempatkan di rumah sepupunya di Miri kerana gurunya bimbang keselamatannya.

Bapa Rickey, Edwin meminta pihak sekolah dan polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit menyerang anaknya itu.(SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10