nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

LAGI KENDERAAN TERBAKAR: KENAPA SEMAKIN KERAP KEBELAKANGAN INI? ADAKAH IA BERKAIT DENGAN RON95

Bomba mengeluarkan mayat pemandu dalam kereta Persdana V6 yang rentung akibat terbakar selepas kemalangan terlanggar belakang lori di Jalan Tasek Ipoh. Ada sahaja kemalangan, mesti kereta terbakar! Ron95kah punya angkara?

SATU LAGI kemalangan maut berlaku, membabitkan kenderaan terbakar dalam kemalangan. Kali ini pemandunya rentung akibat tersepit dalam kereta jenis Perdana V6.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Tasek Ipoh,  kira-kira jam 2.45 pagi tadi apabila kereta Perdana itu terlanggar belakang sebuah lori.

Berdekatan Plaza Tol Senawang Seremban pula, sebuah treler terbakar apabila terbalik dan terbabas dalam kemalangan yang berlaku di KM253.6 Lebuhraya Utara selatan (PLUS) mengakibatkan kesesakan lebih dua jam.

Kejadian itu berlaku kra-kira jam 12 tengah hari tadi ketika treler berkenaan dalam perjalanan membawa muatan kayu bergergaji dari Pulau Pinang ke Muar.

Bomba terpaksa mengambil masa lebih 20 minit untuk memadamkan kebakaran. Kesesakan yang berlaku turut menyebabkan rombongan Presiden Austria, Dr Heinz Fischer yang dalam rangka lawatan ke Melaka turut terkandas, sementara menunggu bomba memadamkan kebakaran.

Persoalan berterusan dalam minda kita ialah kenapa terlalu kerap kebakaran membabitkan kenderaan terbakar dalam kemalangan berlaku di negara kita kebelakangan ini. Contohnya Proton Perdana yang rentung mengakibatkan kematian pemandunya di Jalan Tasek Ipoh awal pagi tadi!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10